Salam!
Coretan kali ini adalah berkenaan Kelas Mengait yang telah berjaya diadakan di luar Johor.
Kali ini, kita adakan di Bt. Caves atas jemputan istimewa daripada Pn. Ayu!
Kami dari pihak
MUOMARI STUDIO BOUTIQUE
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Ayu kerana sudi menjemput Anis ke kediaman nya di Bt. Caves.
Sesi pembelajaran yang bermula dari 5 petang itu berakhir dengan perkenalan yang sangat membawa erti.
Kelas Mengait akhirnya tamat pada jam 9.30malam.
Semoga Pn Ayu dan Diyana dapat menerima pembelajaran kali ini dengan baik.
Maaf ya, saya tak dapat nak upload gambar kerana sesi kelas di kediaman rasmi, kami rasakan itu adalah sensitif dan hak peribadi tuan rumah. Maka, tak boleh lah nk expose sangat. =)
Anis ingin memohon maaf andai terdapat kekurangan dari segi penyampaian mahupun tutur kata, sekiranya terdapat kesilapan yang sengaja mahupun tidak disengajakan. (manala tahu kot ada tergurau kasar.hehe)
Terima kasih Pn. Ayu dan Diyana..
Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain waktu.
Salam Ukhuwah dari Anis. =)
No comments:
Post a Comment