TIPS MEMILIH LANGSIR KEDIAMAN:
1. Kenali jenis tingkap rumah anda..
Adakah tingkap jenis kuak, tingkap bilah kaca, tingkap sorong(sliding)? atau bagaimana?
2. Kira berapa jumlah tingkap di rumah anda..
Penekanan biasanya diberikan kepada langsir RUANG TAMU.
3. Kenali jenis langsir yang anda suka untuk menghiasi rumah anda.
Setiap ruang di kediaman anda mempunyai kesesuaian langsir yang berbeza.
4. Kenal pasti konsep kediaman / ruang tamu anda.
Langsir yang kurang sesuai dengan konsep rumah boleh menyebabkan kurangnya 'umphh' walaupun anda mempunyai koleksi perabot mewah sekalipun.
5. Kenal pasti tema warna yang dimahukan.
Jika anda gemarkan perubahan yang kerap, dan anda selalu menukar langsir, pastikan langsir yang ditempah tidak lari dari tema ruang tamu anda. Terutamanya ruang kediaman yang mempunyai konsep khusus seperti English Garden, konsep ala Bali, Oriental mahupun konsep tradisional dan sebagainya..
6. Ukur ketinggian tingkap dan anggarkan labuh langsir seperti yang anda kehendaki. (DIY)
Ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Minta bantuan Encik Suami anda sekiranya railing tingkap anda terlalu tinggi. Jangan panjat sembarangan tau! =) Kalau salah ukur, tak apa.. kalau jatuh??? bangun sendiri lah jawabnyaaa..
7. Sila rujuk kepada tukang jahit anda tentang jumlah panjang kain yang diperlukan untuk melengkapi kediaman anda.
Nak senang, waktu beli kain, mintak nasihat dan cadangan daripada si penjual kain tersebut.. Kesilapan selalunya disedari apabila si tukang jahit sibuk memotong kain, daaannn.. taraaaaa,, kain tak cukupp... sapa nak jawab tuuu?
Nantikan post seterusnya dari Cik Puan Muomari.. =)
No comments:
Post a Comment