Kita semua tahu, dalam perniagaan, dalam perjuangan, dan dalam hidup ni penuh dgn cobaan, teka-teki, persaingan, dan berbagai lg halangan. Kita sahaja yg dapat menentukan hala tuju sebuah perjuangan. Samaada kearah positif-negatif, sihat-mudharat, dan sebagainya.. bergantung juga kepada target sebenar yang hendak dicapai dalam kita mengejar sesuatu.
Cakap pasal target, semua indivifu ada target masing-masing..dalam perniagaan pun sama.. kadang kala kita terlalu positif dan optimis terhadap sesuatu sampai kita terlupa, lalai, dan leka dgn permainan 'pihak tertentu'. Ni semua dek kerana niat nak mencapai target dgn cepat, mantap dan mengikuti apa yang dirancangkan.
Dalam pada kita terlalu asyik dgn perjalanan mencapai impian, kita boleh terlupa tentang ujian dari Yang Maha Esa.. kesenangan pun satu bentuk ujian juga kan?
Entri pelik saya pada hari ini, bukan lah bertujuan untuk bercanda kosong. Tp untuk mengingati diri sendiri bahawasanya, hidup ini tak semudah yang di sangka, tak seindah yang dibayangkan, tak selancar yang di rencanakan.. Kerana ketetapan dari Nya adalah yg utama.kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Hanya mampu meneka.
Jangan mudah selesa dgn apa yg kita miliki. Sebaliknya, istiqamah, sabar, dan yang paling penting, berhati-hati lah dengan keadaan sekeliling. Peka dgn apa yang berlaku. Kesenangan sekarang tak menjamin kesenangan masa hadapan.
Bersainglah dgn rakan seperjuangan, bersainglah dengan cara apapun yg diredhai, bersainglah..dan jangan terlalu mempercayai.. Bersainglah dengan diri sendiri..lawan nafsu dan kehendak, andai kehendak itu mampu menghanyutkan.. bersainglah dalam membentuk dan menetapkan sesuatu hala tuju dan target yang hendak dicapai.
H
Semoga kita semua diberkati, dirhmati, dan dilindungi olehNya daripada segala musibah yang tak terdaya untuk ditanggung.. semoga kita terus ikhlas dengan perjuangan kita...
Semoga semua ahli keluarga, sahabat, dan sesiapa sahaja merestui perjalanan dan perjuangan kita, tanpa ada hasad mahupun keraguan kepada kita...
Semoga Allah melindungi kita semua.. Aminnnn yarabbal alaminnnn..
Friday, March 15, 2013
Monday, March 11, 2013
Pakej Buaian Berendoi 2013
PAKEJ BUAIAN BERENDOI 2013
Pakej bermula daripada RM250 - RM 1300
Pelbagai tema yang sesuai untuk bayi lelaki atau perempuan, mahupun bayi kembar.
Kami menerima tempahan seluruh Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai pakej yg ditawarkan.
017-3445272
(Pn.Anis)
Subscribe to:
Posts (Atom)